Selasa, 31 Disember 2013

Di Ambang 2014

Tahun 2013 adalah tahun penuh kenangan pahit dan manis. Apapun yang pahit kita jadikan ia sebagai kenangan penuh makna manakala yang manis kita jadikan sebagai harapan  penuh erti.

Sebarang kejayaan yang kita kecapi wajib kita sambut dengan senyum dan tangis gembira tanda kesyukuran atas penat lelah yang dicurahkan.

Sebarang kegagalan yang kita hadapi hendaklah kita sambut dengan hati yang terbuka dengan rasa tidak kenal lelah demi mencapai kejayaan yang kita inginkan.

2013.. tahun yang penuh peristiwa bagi KRT Taman Matangville..penuh keterujaan dan penuh semangat kerukunan yang sentiasa menyubur dalam setiap penghuninya.

Meskipun ada juga yang masih ingin menyendiri dan masih segan serta malu malu kucing, wakil wakil KRT Matangville tetap tidak mengasingkan mereka dalam setiap program yang dianjurkan. Malah dalam menjaminkan keselamatan kejiranan KRT Matangville dengan kerjasama semua penduduk Taman Matangville tetap menjalankan aktiviti ronda ronda cari pencuri dan penceroboh di seluruh kawasan Taman Matangville tanpa mengira kita antisosial kah tidak.

Sejak adanya keprihatinan dan semangat kejiranan yang utuh ini, kes kes pecah rumah semakin berkurangan berbanding tahun tahun lepas. Syabas kepada semua warga Taman Matangville dan KRT Taman Matangville.