Berambeh Ziarah

Majlis Nujuh 7 Jun 2013

Pada 30 Mei 2013 yang lalu, Taman Matang Ville telah dikejutkan tentang pemergian Allahyarham Awang Sabli Bin Awang Mustafa. Allahyarham yang telah menghembus nafasnya di Sabah telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Kampung Gita pada 31 Mei 2013.Majlis bacaan tahlil dan yasin telah diadakan selama 7 hari sehingga malam Jumaat bersamaan 28 Rejab 1434 Hijrah.

Pihak Pengurusan KRT Matang Ville ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penghuni Taman Matang Ville yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam Program Ikhlas keatas keluarga Allahyarham. Well Done...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan