Aktiviti

PROGRAM RAMAH TAMAH AIDULFITRI DAN NGILING BIDAI
9 OGOS 2015

Ramah Tamah Aidulfitri kali ini telah dimariahkan dengan kehadiran tetamu kehormat Y.Berusaha Dr Zaiedi Hj Suhaili iaitu Timbalan Ketua Cawangan PBB N6 Tupong dan Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Pedawan. Turut sama hadir Y. Berusaha Encik Fazzrudin Bin Abdul Rahman, Setiausaha Politik YB. Datuk Sri Hj. Fadillah Yusoff yang mewakili YB Datuk Sri.

Majlis ramah tamah kali ini telah digabungkan sekali dengan Perayaan Ngiling Bidai iaitu acara penutupan Perayaan Gawai yang diadakan secara rasminya pada 1 dan 2 Jun setiap tahun. Turut sama memariahkan majlis adalah penduduk dari Taman Matangville dan Taman Harmoni.

Berikut adalah rakaman bergambar sekitar  perjalanan majlis yang sempat dirakam oleh AJK KRT untuk dimuatkan dalam sejarah KRT Matangville.



"Gaya mok ada" Kedak Terminator
Acara Motong Ranyai oleh Tetamu Kehormat
Motong Ranyai Turut Disempurnakan oleh Tetamu Yang Hadir
Mari menjamu selera dengan hidangan membuka selera








PROGRAM GOTONG ROYONG 2014

Setelah beberapa percubaan dibuat untuk mengemaskini blog, akhirnya hari ini saya berjaya memuatnaik beberapa keping gambar sekitar gotong royong sebagai tatapan kita semua.


1 Januari 2015
Sekitar program gotong royong Taman Matang Ville untuk kenangan bersama.

Setelah beberapa percubaan dibuat untuk mengemaskini blog, akhirnya hari ini saya berjaya memuatnaik beberapa keping gambar sekitar gotong royong sebagai tatapan kita semua.










Moga gotong royong ini dapat mengeratkan lagi hubungan serta kerjasama kita semua tak kira agama, keturunan mahupun latarbelakang ekonomi kita. SYABAS.




SAMBUTAN RAMAH TAMAH HARI RAYA 2014
24 OGOS 2014

Sempena menyambut Aidulfitri pada tahun ini KRT Taman MatangVille telah menganjurkan aktiviti Ramah Tamah Aidulfitri dengan dihadiri oleh warga Taman MatangVille. Majlis kali ini, lebih bersahaja dan disambut secara bersederhana. Ini juga selaras dengan seranan Kerajaan Malaysia supaya program sambutan dibuat dalam suasana sederhana sekaligus menghormati mangsa-mangsa MH17(Hari Berkabung) dan MH370 (Masih Belum Djumpai).

Berikut adalah seputar rakaman bergambar sebagai kenangan buat warga MatangVille taman yang ku cintai. Hiduplah kita dengan aman damai dengan kesatuan hati moga pada tahun tahun mendatang ianya semakin mengerat. 













PROGRAM NGILING  BIDAI SEMPENA MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN GAWAI
21 JUN 2014

Sambutan perayaan Gawai Dayak yang diadakan setiap tahun oleh masyarakat dari etnik dayak dan juga Orang Ulu merupakan sambutan bersempena dengan Pesta Menuai bagi menandakan bermulanya musim menuai padi yang baru pada tahun tersebut.

Pesta yang disambut secara rasmi ini oleh semua masyarakat Sarawak diadakan pada 1 - 2 Jun setiap tahun. Seperti mana pesta pesta yang lain juga, setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Upacara penutup Pesta Gawai disebut sebagai Ngiling Bidai atau Ngiling Tikai iaitu upacara mengulung tikar beserta acara memotong renyai. Setelah selesai acara tersebut dilangsungkan ia dengan rasminya menandakan sambutan Pesta Gawai bagi tahun tersebut telah sampai ke penghujungnya.

Bagi meraikan upcara tersebut KRT Matangville telah mengadakan satu majlis ringkas dengan menjemput warga Matangville untuk sama-sama memeriahkan Program Ngiling Bidai. Majlis kali ini, disambut secara sederhana dan bersahaja sahaja tanpa ada acara simbolik swpwrti mengulung tikar dan memotong renyai. 

Walaupun tiada upacara simbolik Ngiling Bidai program tetap meriah dengan kehadiran warga Matangville yang terdiri dari pelbagai kaum dan latarbelakang.

Berikut adalah sekilas pandang sambutan Ngiling Bidai yang telah diadakan sebagai kenangan.






  


PROGRAM GOTONG ROYONG 2014
15 FEBRUARI 2014

Terima kasih diucapkan kepada semua warga Taman Matangville kerana menyokong setiap aktiviti anjuran KRT Taman Matangville. Begitu juga syabas diucapkan kepada semua AJK KRT Taman Matangville kerana telah berjaya menganjurkan aktiviti gotong royong ini dengan penuh semangat miskipun masing-masing sibuk dengan pelbagai urusan. 

Setinggi-tinggi terima kasih juga diucapkan kepada pasukan BOMBA yang juga telah dijemput untuk turut serta dalam aktiviti gotong royong sekaligus mengadakan demo penggunaan bahan pemadam api kepada warga Taman Matangville. Tahniah dan syabas diucapkan kepada ahli-ahli BOMBA yang terlibat kerana telah memberi komitmen yang baik keatas aktiviti KRT Taman Matangville.

Berikut adalah beberapa kenangan terindah untuk dikongsikan bersama dengan semua warga Malaysia.


















PROGRAM MUHIBBAH HARI NATAL DAN AMBANG 2014
31 DISEMBER 2013

Merupakan acara dan program terakhir pada tahun ini yang dianjurkan oleh KRT Taman Matangville. Acara santai ini, adalah cetusan idea dari pengerusi KRT Taman Matangville bersempena juga dengan sambutan tahun baru 2014.

Bersempena sambutan kedua dua perayaan berkenaan, semua warga  Taman Matangville dijemput untuk memariahkan suasana program bermula dari jam 7.30 petang. Acara dimulakan dengan persediaan perkakasan BBQ setetusnya memanggang juadah Yang telah diperam sekian lama. Hihihi..

Berikut adalah seputar suasana program berkenaan sebagai tatapan semua...enjoy..

Lauk dah habis laa bang..

Ado ko diat, panas gik tok baru kak BBQ tek

Tok orang penting KRT..Sik lepas dari ninjo HP

Peace sodap bah tu..

MALAM ASPIRASI JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRITI NASIONAL
5 November 2013

Pada 5 November 2013 lalu semua KRT kawasan Kuching telah menerima jemputan untuk turut memariahkan Malam Aspirasi di Hotel Riverside Kuching.

Oleh kerana, semua KRT kawasan Kuching terlibat dan ini termasuk juga dengan KRT Matangville yang diketuai oleh Encik Abu Bakar Bin Wahab berserta 6 lagi ahli KRT Matangville hadir pada majlis tersebut. Berikut adalah cebisan kenangan yang telah dirakam dalam bentuk kenangan bergambar sebagai tatapan semua.





MAJLIS RAMAH TAMAH 

AIDULFITRI TAMAN MATANGVILLE   

 1 SEPTEMBER 2013

Ucapan daripada YB Datuk Ir. Haji Daud Abdul Rahman Sempena Upacara Ramah Tamah AidulFitri
KRT Taman Matangville
Ramah tamah aidilfitri yang pertama diadakan di Taman Matangville ini merupakan detik bersejarah bagi KRT Taman Matangville. Kehadiran YB. Datuk Ir. Haji Daud Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri N6 Tupong sudi melapangkan masa dengan memenuhi jemputan KRT Taman Matangville.

AJK KRT Matangville Bersama YB Datuk 
Kehadiran beliau telah memberi semangat dan keyakinan kepada penduduk Taman Matangville akan kepimpinan beliau dalam memastikan kawasan yang diwakili mendapat kemudahan yang mencukupi. Istilah 'Turun Padang' bagi beliau, bukan menunujukkan pilihanraya sudah hampir tapi ia adalah amalan dan tanggungjawab beliau untuk berada dimana-mana beliau diperlukan oleh penduduk.

Adalah sukar untuk mendapat pemimpin yang berjiwa rakyat seperti yang telah ditunjukkan oleh YB Datuk. Walaupun hujan dengan jadual yang ketat, YB Datuk tetap sudi meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk Taman Matangville.
Penyampaian Cenderahati Kepada YB Datuk Daripada Pengerusi KRT Taman Matangville

Pengerusi KRT Taman Matangville, Encik Abu Bakar Bin Wahab mengucapkan jutaan terima  kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan YB Datuk.

Begitu juga, syabas dan tahniah atas kerjasama dan sumbangan tenaga yang dihulurkan oleh semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Taman Matangville 2013. Sekian. 



Ramah Tamah Aidilfitri MatangVille 1 September 2013

Tuan-tuan Dan Puan-puan, KRT Matangville akan mengadakan Majlis Ramah Tamah bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Semua warga MatangVille dan penduduk sekitar Taman MatangVille adalah dijemput hadir untuk memariahkan majlis ini. Kehadiran tuan puan pada majlis tersebut adalah dialu-alukan. Sekian Harap Maklum. 




Molah Bubur Lambok 26 Julai 2013

Salah satu acara yang biasa kita laksanakan dalam bulan Ramadan adalah Sedekah Bubur Lambok. Bubur Lambok sama dengan Bubur Syura jika di Sarawak. Acara ini adalah pertama kali dibuat oleh KRT MatangVille dengan harapan untuk mengeratkan lagi hubungan dengan kejiranan sekitar Taman MatangVille.

Begini caranya kalo nak sedap..agaknyalah yang dikatakan oleh saudara

  Wan Omar kepada anak-anak didiknya








Kita bubuh garam, santan, ayam, daun pandan wangi ...sebahagian dari resipi rahsia Bubur Lambok Wan Omar.. hehehe





Majlis Ngiling Bidai 29 Jun 2013

Majlis telah bermula seawal 7.30 malam dengan kehadiran para jemputan yang terdiri dari warga Taman Matang Ville dan juga wakil-wakil SRS dari taman-taman perumahan terdekat. Pada sekitar jam 8.00 malam perasmian majlis telah diserikan dengan ucapan dari Pengerusi KRT Taman Matang Ville Encik Abu Bakar Wahab disusuli dengan ucapan Ketua Gawai Encik Bruce. 

Sambutan perayaan Nigiling Bidai atau Ngiling Tikai bagi sesetengah tempat merupakan simbolik penutupan seperti ini adalah julung-julung kali diadakan di Taman Matang Ville sejak ia mula diduduki pada 2005. 

Majlis yang diadakan ini adalah hasil penat lelah AJK KRT yang diketuai oleh Pengerusi KRT MatangVille. Ianya bukan sahaja untuk menyambut perayaan Gawai semata sebaliknya untuk mengeratkan lagi hubungan kejiranan sedia ada.

Ini Salah Satu Babak Filem Ali Baba
Lagu Ini Kutujukan Khas
Buat Mu


Sebahagian Wakil-Wakil SRS
Steady Medam -
Ini Pengerusi Punya

Costume Cantik Kaum Wanita Bagi
Masyarakat Dayak

Hasil Penat Lelah Disiang Hari
Kenangan Bersama Ibu-Ibu
Ngiling Bidai

Sila Jemput Makan


















Persediaan Gotong Royong Ngiling Bidai 29 Jun 2013

Tanpa kesepakatan yang kukuh dan perpaduan yang terjalin erat usaha melaksanakan program sebegini tidak akan berjaya. Namun suasana seperti ini amat jarang kita lihat dibandar kerana persekitaran serta suasana bandar yang membataskan ianya berlaku. Namun begitu, syabas diucapkan kepada warga Matang Ville kerana berjaya menangkis persepsi atau alasan seperti yang telah dinyatakan tadi. Semuanya terletak kepada diri kita sendiri, samada mahu atau tidak. Perkara ini, tidak mustahil untuk dilaksanakan dibandar kerana bandar dengan kampung tiada bezanya kerana yang menjadi umatnya adalah manusia yang mempunyai adat dan budaya yang wajib diharmonikan. SYABASSSSS...
Hayatku Hanya Seketika
(Pokok)
Naik Tangga Turun Tangga
Kerja Biasa Aja Betul Tak Tuan
Senyum Ada Makna Yaa
Rileks Sekejap .. Ambil Tenaga ..
Masih Banyak Lagi Nak Diurus

Gaya Tukang Masak Penuh Sopan
Sak Masakannya Enak dan Lembut
Taklimat Dari Ketua Chef
Jangan Risau .. Ini Baru Bunganya
..Malam Nanti Lagi Hebat
Steady Chef
Kepakaran Ini Tidak Saya
Perturunkan Kepada Sesiapa
Masak Nie Tak Serupa Kita Nak Tido
Ianya Kena Ada Prinsip Dan Peraturannya
.. Mungkin Itu Yang Tengah Di Perkatakan
Oleh Timbalan Chef .. Hehehe
Ini Kerja Kena Banyak Senyum Kalau Tidak Itu Masakan Tidak Jadi
Alah Ringan Jak ..
Walaupun
Pinggangku Sakit
Kepakaranku Adalah Menyusun Buluh
Hehehe
Mamak Bisnis Ada
Bagus Ka?
Kasi 6 Roti Kosong

Laksanakan Tugasmu 29 Jun 2013



Beginilah bila telah menjawat jawatan tinggi, baik sebagai ketua rumah mahupun ketua kantor. Paling hebat sebagai ketua negara seperti Presiden, Perdana Menteri ataupun Raja memerintah negeri.

Apapun, baik kecil ataupun besar jawatan sebagai ketua ini,  tetap bebanan yang dipikul amat berat. Begitulah yang sedang difikirkan oleh Encik Abu Bakar Wahab (Pengerusi KRT Matang Ville) dan ditemani Encik Mazlan Jamior hadir di program Bandar Selamat yang telah berlangsung di Dewan Kampung Gita. Program yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuching Utara ini lebih kepada perkongsian pengalaman kearah persekitaran yang sejahtera. Diharap apa yang telah disampaikan pada sesi taklimat ini dapat dikongsi bersama dengan semua penghuni Taman Matang Ville.. Bolehkan Tuan.  
 
Demi Anak Bangsa 18 Jun 2013

Demi anak bangsaku, kucurahkan segala keringat yang ada agar anak bangsaku tidak tersisih dan terperosok dalam kefanaan dunia yang penuh kealpaan ini. Kuserahkan keringat ini agar anak bangsaku kekal cekal dan berdiri kukuh dalam mengharungi titi hidup yang penuh ranjau dan duri. Kuharap agar usaha yang sedikit ini dapat menjadi persembahan dan wadah yang berguna kepada anak bangsaku.  Nukilan ikhlas dari Ketua Lorong Jambu, Karumi


Usaha yang tanpa mengenal lelah walaupun penat selepas bekerja seharian namun demi anak bangsa kerja-kerja untuk menyiapkan tiang bola keranjang tetap diteruskan..

Lihatlah ini semua kerja-kerja berat bancuh simen, uli simen, potong paip, pegang paip, bongkok bongkok, tongeng-tongeng aduh sakit pinggang.


Nasib baik, kita ada kontraktor yang berpengalaman yang diketuai oleh Saudara Abu Bakar Wahab dengan bantuan penasihatnya Saudara Syamsul maka projek mendirikan tiang bola tampar dapat dilaksanakan.

Tahniah atas pembekal-pembekal bahan-bahan binaan iaitu Ketua Lorong Jambu dengan sumbangan batang paip, pasir, batu dan simen. Saudara Meor Sheiful dengan sumbangan dua bekas tong cat, Saudara Topan atas sumbangan kereta sorong dan semua yang terlibat...TAHNIAH





 Mesyuarat Ngiling Bidai 13 Jun 2013

Mesyuarat di pengerusikan oleh Encik Abu Bakar Wahab dengan dihadiri oleh mereka-mereka yang berwajib Taman Matang Ville. Bila bermesyuarat pasti ada hasilnya, jawapannya puntung rokok dan kulit kuaci penuh dilantai. Bergurau aja bang, jangan ambil hati.

Mesyuarat telah memutuskan Majlis Ngiling Bidai akan diadakan pada 29 Jun 2013 dari jam 7.00 malam sehingga 11.00 malam. Oleh yang demikian semua warga Taman Matang Ville adalah dijemput untuk sama-sama memariahkan majlis tersebut. Berikut adalah sebahagian kenangan semasa bermesyuarat untuk tatapan kekanda dan adinda sekalian.

Syukurlah Ada Pak Aji Dalam Majlis


Sebahagian Dari Ahli-Ahli Berwajib Yang Hadir

Aduh..Aduh...Abislah Aku Tok. Nyesal Aku Tidor Tek..Apa Jadi Dah Disuruh Berdiri Tok.....Hehehehe

Bola...Bola...Oh Bola 1 Jun 2013

Itu Bola, Apa mau tunggu Sepak!Sepak! Sepak
KRT Taman Matang Ville telah menganjurkan satu sesi latihan bersama pakar pada 1 Jun 2013 di padang bola sepak dan bola tapar (tidak rasmi) Matang Ville dengan pimpinan Cikgu Ahmad Nurfaizal Patrick Abdullah. Pengalaman beliau selama  12 tahun dengan beberapa pasukan bola sepak di persada bola sepak negara menjadi wadah berguna yang wajib diperturunkan kepada generasi pelapis terutamanya anak-anak muda di Taman Matang Ville.
Sesi Senaman (Renggang Otot)
'Passing Technic'???

Nang Gaya Guru!!! Anak-Anak Dengar ... Cikgu Ahmad Nurfaizal Patrick Abdullah Baju Coklat Seluar Putih Garis Tepi


Pengalaman beliau yang cukup luas dalam erana bola sepak negara menjadi buah tangan yang cukup tidak ternilai kepada anak-anak muda generasi pelapis di Matang Ville. Beliau telah mewakili Kuala Lumpur dalam Piala Presiden (1998-2003), mewakili Kuala Lumpur dalam Liga Malaysia (2003-2006), mewakili Felda United (2006-2009) dan Sarawak (2010).

Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan bekas jurulatih negeri Selangor bawah 12 tahun (2007), jurulatiah pasukan guru Selangor (2008), jurulatih Sarawak bawah 14 tahun (2011), jurulatiah Sarawak bawah 17 tahun (2013) dan jurulatih pasukan guru Sarawak (2012-2013). Dengan berbekalkan ilmu dan pengalaman dalam bidang ini, anak-anak muda generasi pelapis Matang Ville sebenarnya cukup bertuah dan bernasib baik kerana tidak perlu pergi jauh untuk menimba ilmu kaedah dan teknik permainan bola sepak yang sebenar.

Aliyos...Walaaaa...


 Program Muhibah 30 Disember 2012

Beginilah Jika Kita Bersatu
Walaupun KRT Matang Ville baru sahaja ditubuh, namun keharmonian dan kesepakatan semua penghuni telah berjaya mengadakan aktiviti Gotong Royong Perdana pada 30 Disember 2012 yang lalu. Sambutan penghuni Taman Matang Ville sememangnya yang terbaik kerana seawal jam 6.15 pagi lagi kita telah berkumpul untuk memulakan aktiviti 'senam robik' dan legok gelek sebagai merenggangkan otot-otot sebelum memulakan aktiviti lasak sepanjang program dijalankan. Antara program lain yang diselitkan adalah acara sukaneka yang disertai oleh anak-anak penghuni Taman Matang Ville dan juga acara khusus untuk ibubapa sebagai penyeri program. Syabas.Syabas.Syabas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan