Santai-Santai


Penghuni Misteri Matang Ville
 

Suasana malam yang indah dengan bulan yang tersenyum dan bintang yang asyik mengeyitkan cahayanya seolah-olah ibarat okestra yang gah yang mengalunkan irama dan melodi yang sangat mengasyikan. Serinya ditambah pula dengan angin yang menyapa lembut bersama titisan embun yang sejuk menghiris setiap kulit-kulit makhluk yang ingin dirinya dipagari bulan dan bintang. 

Dalam suasana indah, tenang dan nyaman demikian, ada juga makhluk ciptaan Allah yang lain dari biasa turut ingin sama menikmatinya. Makhluk yang dimaksudkan adalah Jin, yang turut sama menjirani persekitaran Taman Matang Ville sejak dari dulu lagi bahkan lebih awal mendiami persekitaran kaki Gunung Sarapi. Walaubagaimanapun, perkara ini adalah biasa saja dan bukanlah suatu yang asing bagi penghuni Matang Ville sejak mula menduduki perumahan ini. Apapun pekerjaan mereka asalkan tiada kekacauan dan kekecohan berlaku diantara kita dan mereka. 

Inilah dinamakan lauk pauk gulai ikan masak lomak cili api, cili dan asamnya tak nampak tapi rasanya tetap ada. Jadi mereka ibarat cili dan asam kita pula ibarat ikannya yang jelas nampak serta dapat dipegang dan disentuh.

Gambar dikepilkan hanya sekadar hiasan tapi hakikat kewujudannya di Matang Ville adalah benar.  Kita samada sedar atau tidak akan melihat kalibat mereka ini dalam bentuk orb (bebola), kabus (samada Putih atau Hitam atau warna lain) dan paling hebat sekali rupa berbentuk.


 Ular Juga Menghuni Di Matang Ville

Oleh kerana kita menghuni kawasan yang berhampiran dengan habitat haiwan ini maka sudah tentu ada saja pemilik rumah di Matang Ville bersua muka dengannya. Spesies ular yang paling ditakuti adalah ular dari spesies Tedung seperti Selar, Senduk, Abu dan Tikus, namun begitu ada banyak lagi ular dari spesies lain yang mempunyai racun yang mampu melumpuhkan sistem saraf manusia. Antara spesies ular yang sering dijumpai di persekitaran belukar dan pepohon adalah ular Katam, Kapak dan Sawa. Jadi hati-hatilah ketika melangkah atau hendak menebang pepohon pokok samada dihalaman rumah mahupun di luar kawasan rumah.   
Main Main Sama Ular
Ini bukan lakonan .. Ini Betol Punya Ular ..
Kerana Bisanya Nyawanya Terancam
Tamatnya Riwayat Seekor Tedung Senduk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan